18.3 c Malaysia

Zizi Kirana Minta Doakan Bertemu Jodoh Dengan Ustaz


Tidak lagi bertudung sebaik sahaja bulan Ramadan berakhir, Zizi Kirana mengakui tertekan apabila ada di kalangan netizen mengecamnya dengan menggunakan bahasa kasar yang kurang senang dengan tindakannya tidak terus berhijab.

Bagaimanapun, Zizi berkata dia menerima segala teguran daripada netizen namun akui tertekan apabila ada yang memarahinya kerana dia tidak lagi bertudung seperti Ramadan lalu. Ujarnya, lebih baik jika mendoakan yang baik-baik daripada memberikan komen negatif.

“Saya terima semua teguran dan nasihat itu dengan hati terbuka tetapi dalam masa sama saya akui rasa stress baca komen mereka yang marah-marah hanya kerana saya dah tak bertudung macam dulu.

“Saya rasa lebih baik kalau kita doakan yang baik-baik sesama kita daripada menyakitkan hati sendiri dengan mengecam orang lain,” katanya kepada mStar Online.