18.3 c Malaysia

“Terima Kasih 4 Kali Hampir ‘Mati’ Melahirkan Anak Kita”


Sebut saja nama Ustaz Ebit Lew, ramai yang mengagumi pendakwah terkenal itu. Bukan sahaja seorang yang murah hati, namun sentiasa menghargai isteri. Baru-baru ini, Ustaz Ebit membuat kejutan sempena hari lahir isterinya.

Menerusi video yang dimuat naik di Instagram itu, Ustaz Ebit dilihat menghadiahkan isterinya sejambak bunga beserta belon dan sebiji kek. Namun apa yang paling menjadi perhatian adalah ucapan istimewa Ustaz Ebit khas buat isterinya.

Ustaz Ebit meluahkan rasa bahagia dan syukur kerana ditemukan dengan isterinya yang sangat memahami sejak dari awal perkahwinan dan sentiasa bersama dengannya di waktu senang dan susah.

View this post on Instagram

Tak tahu nak cakap macam mana. Tapi benar bersyukur pada Allah. Selamat hari lahir bidadariku tercinta. Terima kaseh bidadari abang sebab sentiasa menemani hidup ini dari dulu sehingga hari ini. Bahagia bersyukur kerana Allah menemukan kita. Allah yang maha baik yang mengaturkan segalanya. . Kasih sayang Allah. Doa bidadari ini. Dulu abang sentiasa ada doa mak ayah. Sekarang Allah tambah beri bidadari dalam hidup abang. Masa berlalu. Entah berapa hari yang tinggal. . Terima kaseh kerana sentiasa bersama abang. Tak pernah meminta apa-apapun. Tak susahkan abang. Terima kaseh 4 kali hampir 'mati' melahirkan anak kita. 4 kali mati untuk abang. Abang takde korban apapun. . Terima kaseh Allah atas semua nikmat dalam hidup ini. Syukur Allah hadiahkan bidadari disisi menemani perjuangan ini. Rindu dapat berjuang di jalan Allah. Membantu orang miskin dan anak yatim. Dirimu segalanya dalam hidup ku. Isteriku Bidadari. Hidup didunia saat rasa penat,pedih sakit,Allah beri dirimu bidadariku penyejuk mata, jiwa dan hidup ini. Terima kaseh sayang bidadariku. Selamat hari lahir 17 Jun. Allah beri bidadari abang sentiasa cantik menawan lawa baik solehah takwa paling indah dalam hidup ini-ebitlew

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

Ustaz Ebit turut menzahirkan ucapan terima kasih buat isterinya yang bertarung sanggup nyawa untuk melahirkan empat cahaya mata mereka dan tidak pernah membebankan dirinya serta sentiasa melakukan yang terbaik buat mereka sekeluarga.

Diruangan komen, rata-rata netizen tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan selamat hari lahir buat isterinya serta mendoakan agar keluarga ustaz terus sihat sejahtera dan dikurniakan kehidupan yang dipermudahkan dunia dan akhirat.