18.3 c Malaysia

Pusat Tuisyen Atas Talian Jadi Tumpuan Pelajar Ketika PKP


Tidak dinafikan pandemik COVID-19 yang melanda negara tahun ini banyak membantutkan proses pembelajaran ramai pelajar di seluruh Malaysia. Namun, itu bukan penghalang untuk ribuan pelajar membanjiri pusat tuisyen yang menggunakan platform atas talian untuk meneruskan pembelajaran mereka.

Salah sebuah pusat tuisyen online yang memasang impian bergelar Netflix untuk pendidikan, PTTI mendedahkan yang platform mereka menerima peningkatan lebih 10 kali ganda kemasukan pelajar sejak PKP dilaksanakan.

“Sebelum PKP dan PKPB dilaksanakan, bilangan pelajar kami hanya sekitar 100 orang namun selepas dua minggu arahan kerajaan itu dilaksanakan PTTI menerima banyak pertanyaan dan minat tentang kelas tusyen secara atas talian”

“Kami kini mempunyai 1,331 pelajar yang mengikuti kelas virtual kami termasuklah mereka dari Sabah dan Sarawak,” kata Siti Farhana yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif PTTI.

Beliau turut yakin yang kelas tuisyen secara atas talian merupakan penyelesaian terbaik untuk pembelajaran luar bilik darjah kerana ianya mampu memberikan gambaran yang lebih baik kepada para ibu bapa yang memantau perkembangan anak mereka.