18.3 c Malaysia

PERKESO Bayar RM103 Juta Kepada 30,000 Orang Hilang Kerja

Lebih dari 30,000 pekerja yang kehilangan kerja telah menerima manfaat bantuan kewangan dari Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) melibatkan jumlah sebanyak RM103 juta setakat mei 2020 ini.

Menurut Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan menegaskan yang kerajaan sentiasa mengambil langkah untuk melindungi pekerja yang hilang pekerjaan dan akan terus menyokong mereka menerusi pelbagai inisiatif khas termasuk Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA).

“Tiga sektor tertinggi di mana terkesan dengan wabak pandemik COVID-19 adalah pembuatan, hotel dan pelancongan. Dua sektor iaitu hotel dan pelancongan akan mengambil masa yang lebih lama untuk pulih”

“Dengan itu kita berharap dengan latihan yang diberikan PERKESO, ada tenaga mahir yang boleh berubah kepada sektor lain untuk pekerjaan,” ujarnya.

Kerajaan juga menerusi PENJANA bakal memberikan subsidi upah sebanyak RM800 selama enam bulan untuk majikan yang mengambil pekerja baru di bawah umur 40 tahun dan sebanyak RM1,000 untuk pekerja berusia lebih 40 tahun.