18.3 c Malaysia

Penat Sangat Berniaga, Sajat Tertidur Dengan Lambakan Duit


Umum mengetahui usahawan Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajad Kamaruzzaman mengusahakan beberapa perniagaan antaranya bengkung dan barangan kemas. Baru-baru ini, Sajat dilihat ada memuat naik videonya tertidur dengan lambakan duit.

Menurut Sajat, dia terlalu penat dengan jualan produk bengkungnya sehingga tertidur dengan lambakan duit di atas katil. Sajat berkata jualan pada hari tersebut mencecah RM100,000.

“Hari ini busy sangat,sampai saya tertido dengan duit. Buat sale sampai tertidur saya dengan bedak sejuk! Sale hari ini cecah rm100,000,” tulisnya.

Menerusi perkongsian itu, Sajat turut memohon maaf kepada para pelanggan yang masih belum menerima barangan mereka kerana sedang menunggu stok baru sampai.

Seperti sudah dijangka, tindakan Sajat itu menimbulkan rasa kurang senang netizen yang menyifatkan usahawan itu seolah-olah menunjuk-nunjuk dan riak. Malah, ada netizen mengatakan tindakan Sajat itu hanya lakonan semata-mata untuk melariskan produk.