18.3 c Malaysia

Mula Dengar Suara ‘Orang’ & Cuba Bunuh Diri, Wanita Kongsi Derita Sakit Mental


Penyakit mental adalah penyakit yang melibatkan gangguan pada fungsi otak yang boleh menyebabkan perubahan kepada proses pemikiran, perasaan dan tingkah-laku seseorang yang mengakibatkan gangguan untuk menjalani aktiviti seharian dengan baik.

Terbaru, seorang pengguna Twitter iaitu Auji Zaharudin ada berkongsi pengalamannya sebagai ‘pejuang’ pesakit mental.

Menceritakan kisah itu, Auji Zaharudin memberitahu pada tahun 2007 keadaannya mula agresif. Dia telah membaling pinggan sehingga tangannya tercedera. Difahamkan, tidak lama selepas itu keadaannya semakin pulih dan dia membuat keputusan untuk berhenti makan ubat.