18.3 c Malaysia

“Hubungan Kami Masih Baik Walaupun Selepas Putus Tunang”


Baru-baru ini, foto yang dimuat naik oleh Intan Najuwa menjadi perhatian ramai apabila pelakon itu berkongsikan gambarnya bersandar di bahu seorang lelaki. Meskipun foto yang dikongsikan hanya separuh, namun netizen yakin bahawa lelaki itu adalah bekas tunangnya.

Nampaknya tekaan netizen sememangnya tepat apabila Intan mengesahkan identiti lelaki =di dalam foto berkenaan adalah bekas tunangnya yang juga ahli perniagaan, Razrul Anwar Rusli.

Intan berkata meskipun sudah putus tunang pada Februari lalu, bagaimanapun hubungannya dengan Razrul tetap baik. Ujarnya, dia dan Razrul kini mahu menjalani kehidupan dengan lebih matang.

“Betul, lelaki dalam gambar itu adalah bekas tunang saya. Di kapsyen pun tak ada tulis kami kembali bersama atau apa. Cuma, ingin dijelaskan perhubungan kami masih baik, walaupun selepas putus tunang tempoh hari.

“Saya tak mahu kalau cakap kembali bersama orang menganggap kami macam budak-budak pula. Jadi, biarlah saya jalani dengan ‘follow the flow’. Biarlah antara kami saja faham dan jalani secara matang,” katanya kepada Harian Metro.

Dalam pada itu, Intan berkata selama ini hubungan mereka baik-baik sahaja dan tidak pernah bergaduh. Dalam pada itu, Intan berkata tujuan dia memuat naik gambar berkenaan hanya sekadar suka-duka dan bukan mahu mencetuskan kontroversi.

“Tambahan pula, selama ini kami tak pernah bergaduh pun. Memang tak ada masalah begitu juga dengan keluarga kami. Semuanya okay saja.