18.3 c Malaysia

Fazura Tarik Nafas Lega Bebas Tuduhan Langgar Kontrak


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan Nur Fazura didapati tidak bersalah dan bebas daripada tuduhan berhubung dakwaan melanggar perjanjian bagi mempromosikan produk kecantikan dan kesihatan.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohd Firuz Jaffril menolak tuntutan saman yang pemilik syarikat Maydan Trading selepas mendapati produk ini gagal mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Keputusan itu dibuat selepas mendapati tiada sebarang pelanggaran kontrak antara plaintif dengan Nur Fazura selaku defendan pertama malah Fazura yang dilantik sebagai duta ‘Q Tab’ telah menjalankan tugasnya dalam mempromosikan produk berkenaan.

Mahkamah kemudiannya memerintahkan Maydan Trading untuk membayar kepada Fazura dan Universal Music selaku defendan pertama dan kedua sebanyak RM40,000.

Dalam pada itu, Fazura yang ditemani suaminya ke mahkamah meluahkan rasa syukur apabila keputusan mahkamah memihak kepadanya. Malah, Fazura turut terkejut apabila mendapati produk tersebut tidak sah kerana tidak mendapat kelulusan pihak berwajib.