18.3 c Malaysia

‘Buat Amal Perlu Ikhlas’ – Aeril Zafrel Dituduh Menunjuk Bayar Zakat Setiap Bulan


Pelakon kacak, Aeril Zafrel meluahkan rasa terkilan apabila segelintir masyarakat bersangka buruk mengenai niatnya membayar zakat baru-baru ini. Menurut Aeril, jika seseorang tidak mampu mendoakan kebaikan orang lain, mereka tidak perlu menyebarkan kebencian.

Setiap bulan beri zakat

Sebelum ini, Aeril Zafrel memuat naik satu posting di mana dia menjalankan tanggungjawabnya untuk membayar zakat. Tambahnya, dia akan melakukan perkara tersebut setiap bulan jika dibandingkan sebelum ini iaitu setahun sekali. Aeril turut berharap kesemua individu yang menjalankan perniagaan dapat melakukan perkara yang sama seperti dirinya.