18.3 c Malaysia

Bront Palarae Kritik Ahli Politik Rakus, Tak Sedar Diri


Bukan kali pertama memperkatakan mengenai isu politik, Bront Palarae sering menjadi perhatian kerana lantang mengkritik sistem politik negara. Ini kerana masalah politik negara bukan sahaja dirasai oleh golongan marhein tetapi pada artis juga.

Terbaru menerusi Twitter, Bront meminta golongan elit dan berjawatan menghentikan drama politik mereka kerana rakyat sudah muak dan jelik dengan situasi yang dipamerkan oleh puak mereka.

Malah, Bront mendakwa ahli politik yang mengatakan mereka banyak berkorban sebenarnya telah mengorbankan rakyat sendiri kerana terlalu sibuk mengejar kuasa.

Dalam pada itu, Bront turut mencadangkan kepada bakal pengundi supaya membuat pilihan ke atas calon yang bukannya parti politik kerana ia mampu mengubah trend politik, sekali gus memberi pengajaran pada ahli politik yang rakus mengejar kuasa.