18.3 c Malaysia

Almy Nadia Naik Angin Kereta Bau Durian


Boleh dikatakan sekarang pergi mana-mana ada sahaja gerai menjual buah durian, maklumlah tengah musim. Bagaimanapun, Datin Almy Nadia meluahkan rasa tidak senang apabila kereta yang dinaikinya ketika perjalanan pulang dari Raub ke Kuala Lumpur berbau durian.

Menerusi IG Story, Almy berkata dia tidak tahan dengan bau tersebut kerana mengakibatkan pening kepala sehingga tidak berdaya untuk bangun. Malah, pantang baginya jika meletakkan buah durian dalam kerta kerana baunya sukar untuk dihilangkan.

“Raub-KL punya la sakit kepala, hampa nak tau sebab apa!! Dalam kereta ada durian musang tau. Apa perasaan hampa kalau jadi kami yerk. Mood ke laut dalam. “Pantang mak nenek moyang dalam kereta ada durian, pasang penghawa dingin (aircond), hang boh la petua apa pun mampus tak jalan yer. Jadi kesudahan perang dunia la jawabnya. Hambik,” tulisnya.