18.3 c Malaysia

9 Hari Hilang, Anak Saudara Fauzi Nawawi Masih Belum Ditemui


Semalam, menerusi Intagram pelakon Fauzi Nawawi memohon bantuan orang ramai membantu untuk mengesan anak saudaranya yang dilaporkan hilang. Sudah sembilan hari hilang, Fauzi berkata anak saudaranya, Siti Najiha berusia 22 tahun masih belum ditemui.

Menceritakan bagaimana gadis tersebut hilang dari kediamanan kakaknya di Pantai Remis, Perak, Fauzi berkata ada perkara mencurigakan berlaku. Sehari sebelum hilang, jiran terlihat dua motor ditunggang dua lelaki tidak dikenali datang bertemu Najiha.

“Sehari sebelum anak saudara saya hilang, ada jiran nampak dua motor yang ditunggang dua lelaki yang tidak dikenali datang berjumpa dengannya,” katanya.

Difahamkan, ketika kejadian kakaknya tiada dirumah dan tidak mengetahui apa yang berlaku terhadap anak gadisnya itu. Malah, Najiha juga dikatakan hilang tanpa membawa apa-apa termasuk wang ringgit Cuma kad pengenalannya sahaja dibawa bersama.